Thursday, October 14, 2010

Kriteria Ujian Lisan

Cemerlang / Sangat Baik

Skor

Konstruk

Kriteria/ keterangan




9 - 10

1. Tatabahasa dan kosa kata

· Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata sangat tepat dan betul.

2.Sebutan,Intonasi dan

Nada

· Sebutan betul, sangat jelas dan tepat. Intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

3.Kefasihan

· Keseluruhan pengucapan sangat petah, fasih dan lancar.

4.Bermakna

· Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, sangat tepat dan bertatasusila serta matang.

Baik

Skor

Konstruk

Kriteria/ keterangan




7 - 8

1. Tatabahasa dan kosa kata

· Bahasa gramatis,penggunaan perkataan dan kosa kata sangat tepat dan betul.

2.Sebutan,Intonasi dan

Nada

· Sebutan betul,sangat jelas dan tepat. Kebanyakan intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

3.Kefasihan

· Keseluruhan pengucapan petah, fasih dan lancar.

4.Bermakna

· Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, tepat dan bertatasusila.

Memuaskan

Skor

Konstruk

Kriteria/ keterangan





5 - 6

1. Tatabahasa dan kosa kata

· Bahasa masih gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata masih tepat dan masih betul.

2.Sebutan,Intonasi dan

Nada

· Sebutan masih betul, masih jelas dan masih tepat serta kebanyakan intonasi dan nada masih betul.

3.Kefasihan

· Keseluruhan pengucapan masih petah, masih fasih dan masih lancar.

4.Bermakna

· Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, tepat dan bertatasusila.

Kurang Memuaskan

Skor

Konstruk

Kriteria/ keterangan





3 - 4

1. Tatabahasa dan kosa kata

· Bahasa ada yang kurang gramatis, penggunaan perkataan serta kosa kata kurang tepat, kurang betul dan kadangkala salah.

2.Sebutan,Intonasi dan

Nada

· Kebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat serta intonasi banyak yang salah.

3.Kefasihan

· Keseluruhan pengucapan kurang petah, kurang fasih dan kurang lancar.

4.Bermakna

· Kebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat dan kurang lancar.

Lemah

Skor

Konstruk

Kriteria/ keterangan



1 - 2

1. Tatabahasa dan kosa kata

2.Sebutan,Intonasi dan

Nada

3.Kefasihan

4.Bermakna

· Keseluruhannya lemah.

· Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Wednesday, October 13, 2010

ISL Minggu 6 : Kaedah Penilaian Bahasa

Kaedah penilaian bahasa merupakan cara penilaian perlu megambil kira keperluan individu dan kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar dapat diambil kira.

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran
  • dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat guru dengan pelajarnya secara individu atau kumpulan berhubung dengan sesuatu tugasan, secara bertulis.
  • persetujuan ini biasanya meliputi :
  1. bentuk akhir tugasan yang dihasilkan
  2. bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan
  3. jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan daripada setiap indiidu yang terlibat
  4. berapa lama dan bila tugasan perlu disiapkan
  5. konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi / mematuhi kontrak tersebut
Fungsi kontrak pembelajaran
  1. mempamerkan bukti yang menunjukkan bahawa objektif tercapai
  2. menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran / tugasan akan dinilai
  3. memberi peluang kepada pelajar membuat refleksi

CONTOH FORMAT KONTRAK PEMBELAJARAN INDIVIDU.

Mata Pelajaran:

Nama:

Tahun/Tingkatan:

Hasil Pembelajaran:

Peringkat

Apa yang saya ingin capai pada peringkat ini

Bagaimana saya akan laksanakan peringkat ini

Jangka waktu pelaksanaan peringkat

Bagaimnakah penilaian pada peringkat ini dibuat

Catatan

Tandatangan kendiri

……………………………….

(Nama: ) Tarikh:

Tandatangan Rakan Sebaya

………………………..

(Nama: ) Tarikh:

Tandatangan Guru

……………………..

(Nama: ) Tarikh:




Penilaian melalui soal jawab
  • penilaian melalui sola jawab membawa erti seorang guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam kelas.
  • sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan
  • pembelajaran bertujuan untuk menilai sejauh manakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar.
  • melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran.
  • guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.




RUJUKAN :

ISL Minggu 5 : Jenis Penilaian Bahasa

Ujian Formatif
  • Ujiaan formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
  • Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar.
  • Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.
Ujian Sumatif
  • Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir penggal/akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.
  • bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun, yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh penilaian sumatif ialah penilaian pada akhir tahun, peperiksaan percubaan, UPSR dan PMR.
  • Ujian ini memberi penekanan kepada kognitif murid.
  • Selain itu, jenis ujian ini ialah rujukan norma dan pelaporannya pula adalah berbentuk jumlah skor.
Perbezaan antara ujian Formatif dan Sumatif

Bil

Perbezaan

Ujian Formatif

Ujian Sumatif

1.

Fungsi

Maklum balas kepada pelajar dan guru

Pensijilan / penggredan

2.

Masa

Sepanjang pengajaran

Pada akhir unit / kursus

3.

penekanan

Kognitif, psikomotor, afektif

Kognitif

4.

Sifat

Terhad kepada tugasan

Beraneka jenis

5.

Kesukaran

Berubah-berubah

Senang-sukar

6.

Alat

Dibentuk khas

Peperiksaan akhir tahun

7.

Jenis ujian

Rujukan kriteria

Rujukan norma

8.

Pelaporan

Gagal / lulus

Jumlah skor

9.

Contoh

Ujian bulanan / lembaran kerja

UPSR, PMR, SPM


Ujian Kefasihan
  • bertujuan untuk mementukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
  • berbeza dengan ujian pencapaian kerana ia tidak berdasarkan kepada sesuatu kandungan atau isi pelajaran, sebaliknya ia menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya.
  • ujian kefasihan dinilai dari segi ;
  1. penyebutan dan pengucapan dengan betul dan terang.
  2. kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca.
  3. intonasi dan nada yang betul
  4. pemilihan ungkapan yang betul
  5. mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas
  6. posisi tubuh yang betul.
  7. kedudukan buku yang betul
  8. pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk menyerap perkataan)
  9. pembaca yang fasih boleh mengenal pasti struktur ayat dan mampu memecahkan ayat-ayat yang panjang menjadi bahagian-bahagian kecil.
  10. perbuatan menunjuk ketika membaca boleh mengganggu kefasihan bacaan
Ujian kemajuan
  • setiap ujian kemajuan yang digunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
  • berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin diuji.
  • bertujuan mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
Ujian bakat
  • bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing sama ada khusus pada satu-satu bahasa atau secara keseluruhan.
  • melibatkan data-data bahasa yang "artifical" mengandungi pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
  • ujian terbahagi kepada 2 kumpulan ;
  1. ujian bakat berasaskan kajian secara besar-besaran.
  2. berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dibentuk dan digunakan bagi memenuhi sesuatu keperluaan
  • ujian bakat merupakan ujian yang khusus untuk menelaah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
  • kemahiran berbahasa yang akan diuji dalam ujian bakat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Ujian pencapaian
  • bertujuan untuk menentukan setakat manakah pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka
  • boleh dijalankan pada akhir kursus
  • berbeza dengan ujian kemajuan. Ujian pencapaian lebih rasmi dan bertujuan mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun, UPSR
  • pembentukan ujian berasaskan sukatan pelajaran rasmi



RUJUKAN :